Krisis Rusia-Ukraine | Ukraine undur diri dari bandar Sievierodonetsk

2022-06-24 0

Tidak lagi mampu bertahan, Ukraine pada Jumaat memberi isyarat untuk mengundurkan tenteranya dari bandar Sievierodonetsk, iaitu lokasi pertempuran sengit sejak beberapa minggu lalu.

Gabenor wilayah Luhansk, Serhiy Gaidai, berkata tentera di bandar itu sudah menerima arahan untuk berpindah ke kedudukan baharu, tanpa memberikan maklumat lanjut.